Wednesday, October 28, 2009

Bogus PhDs No More?

I took the opportunity to ask the Minister of Higher Education as to the steps being taken to prevent academics with dubious qualifications from being hired by our local universities during the Budget debate 2 days ago. The following was the relevant exchange:

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Yang Berhormat Menteri, penjelasan. Minta maaf, topik tadi berkenaan mengenai PhD yang diambil oleh universiti-universiti tempatan. Saya ingin tahu, kita memang perlu meningkatkan jumlah pemegang PhD dalam universiti kita, tetapi saya mendapati bahawa memang ada juga yang pemegang PhD itu tidak mempunyai PhD dari universiti yang dikatakan sebagai recognized iaitu ada pemegang PhD di dalam universiti kita dan saya ada nama di mana mereka mendapat PhD mereka melalui correspondence course.

Pihak yang mengambil PhD memang tidak ada PhD yang credible boleh didapat di
correspondence course. So, apakah langkah yang diambil oleh kementerian supaya pemegang PhD seperti ini tidak dilantik dalam universiti kita.

Saturday, October 17, 2009

Minister's Reply on Action Against Students at UM

The issue of students being called up by the Disciplinary Board of various universities for offences such as inviting prominent politicians to be judges at a debating competition was raised during the recent budget debate, and the Minister of Higher Education 2 days ago.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nor: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di bawah aspek perundangan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikuatkuasakan pada 1 Februari 2009 telah membuat perubahan besar kepada sistem tadbir urus, kebajikan pekerja, dan juga hak pelajar universiti merangkumi juga kebebasan akademik.

AUKU sebenarnya tidak menyekat kebebasan berfikir dan kreativiti tenaga akademik dan pelajar universiti. Malahan mereka diberikan kebebasan untuk melahirkan pandangan, pendapat, cadangan dan sebagainya Akan tetapi mesti mengikut saluran-saluran tertentu demi mewujudkan suasana kondusif dan sihat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti.

Berkenaan dengan tindakan Universiti Malaya membawa lapan orang pelajar ke prosiding tatatertib. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan mengenai perkara ini iaitu Yang Berhormat Padang Terap dan juga Yang Berhormat Serdang, tindakan yang diambil oleh pengurusan Universiti Malaya merupakan prosedur biasa bagi mendapatkan maklumat di atas beberapa tindakan pelajar tersebut.

Ini adalah disebabkan oleh tindakan mereka yang menjemput VIP di dalam majlis mereka tanpa mendapatkan kelulusan pihak pengurusan universiti. Kementerian akan sentiasa memantau secara dekat setiap kes yang berlaku di IPT. Namun berkeyakinan kes ini akan dapat diselesaikan oleh pengurusan Universiti Malaya dengan baik berdasarkan peruntukan perundangan dan peraturan sedia ada.